Terma dan Syarat Penggunaan ABATA

Terma dan Syarat Penggunaan ABATA

1.0    Pengenalan
2.0    Kelayakan Penggunaan
3.0    Perubahan Pada Perjanjian
4.0    Pembelian Di ABATA
5.0    Perlindungan Kepada Pembeli
6.0    Pembatalan Pembelian Oleh ABATA
7.0    Penamatan Pengguna ABATA
8.0    Jaminan ABATA
9.0    Kandungan Di Platfom ABATA
10.0  Operasi dan Perkhidmatan ABATA
11.0  Terma Khas Pengguna
12.0  Indemniti ABATA
13.0  Keseluruhan Perjanjian
14.0  Penyelesaian Pertikaian

Salam serta selamat datang ke Terma dan Syarat Penggunaan ABATA (“Terma”). Terma yang anda baca di bawah ini adalah penting kerana terma menerangkan peraturan yang perlu diikuti oleh semua orang ("Pengguna") yang menggunakan aplikasi-aplikasi mudah-alih ABATA ("Platfom ABATA"). 

Secara individu, Platfom ABATA akan dirujuk mengikut klasifikasi-klasifikasi yang dimaksudkan seperti berikut:

"ABATA Consumer"Aplikasi mudah-alih ABATA for Consumers di mana Pengguna boleh membuat transaksi pembelian.     
"ABATA Merchant"Aplikasi mudah-alih ABATA for Merchants di mana Pengguna boleh membuat transaksi untuk menjual di ABATA Consumer.
"ABATA Rider"Aplikasi mudah-alih ABATA for Riders di mana Pengguna boleh membuat transaksi untuk melakukan penghantaran bagi pembelian Pengguna di ABATA Consumer bagi pihak Pengguna di ABATA Merchant.
"ABATA Partner"Aplikasi mudah-alih ABATA for Partners di mana Pengguna yang diberi akses boleh mendaftarkan Pengguna di ABATA Merchant.

Secara individu, Pengguna pula akan dirujuk mengikut klasifikasi-klasifikasi yang dimaksudkan di bawah:

"Consumer(s)"Pengguna yang berdaftar di aplikasi mudah-alih ABATA Consumer.
"Merchant(s)"Pengguna yang berdaftar di aplikasi mudah-alih ABATA Merchant.
"Rider(s)"Pengguna yang berdaftar di aplikasi mudah-alih ABATA Rider.
"Partner(s)"Pengguna berdaftar yang menggunakan aplikasi mudah-alih ABATA Partner.

Sila baca Terma, Dasar Privasi dan mana-mana terma lain yang dirujuk dalam dokumen ini dengan teliti. 

Baiklah, Jom kita mulakan…

1.0  Pengenalan

Terima kasih kerana memilih ABATA ("ABATA", "Kami", "kami").  ABATA menyediakan platfom e-Commerce serta perkhidmatan-perkhidmatan yang bersangkutan dengannya samada secara sendiri ataupun dengan perjanjian perniagaan dengan penyedia-penyedia perkhidmatan pihak ketiga.  Perkhidmatan-perkhidmatan e-Commerce ABATA ini boleh didapati melalui beberapa aplikasi mudah-alih dan boleh dimuat turun samada di Google PlayStore ataupun Apple AppStore bergantung kepada perisian operasi di peranti mudah-alih anda.

Aplikasi-aplikasi di mana perkhidmatan e-Commerce ABATA disediakan termasuklah tetapi tidak terhad kepada aplikasi-aplikasi berikut:
  • ABATA for Consumers
  • ABATA for Merchants
  • ABATA for Riders
  • ABATA for Partners
Perjanjian anda dengan ABATA termasuk Terma ini, Dasar Privasi serta terma tambahan yang anda persetujui berdasarkan kepada klasifikasi-klasifikasi Pengguna dan terma dengan mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga secara berkelompok ("Perjanjian").  Perjanjian ini termasuklah kepada perubahan perjanjian pada masa akan datang.  Penggunaan perkhidmatan kami membentuk penerimaan anda kepada Perjanjian ini.

2.0  Kelayakan Penggunaan

Kami ingin memastikan penggunaan perkhidmatan ABATA ini menepati hasrat kami untuk menjayakan serta menyediakan perkhidmatan yang sebaik boleh kepada Pengguna. Oleh itu terdapat beberapa syarat kelayakan yang kami telah adakan bagi penggunaan perkhidmatan kami ini.  Syarat-syarat itu telah kami pecahkan mengikut klasifikasi-klasifikasi Pengguna seperti berikut:

"Consumer(s)"✅ Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas. Bagi umur 13 tahun dan ke atas, mestilah mendapat keizinan ibu bapa.
"Merchant(s)"✅ Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas. Bagi umur 13 tahun dan ke atas, mestilah mendapat keizinan ibu bapa.
✅ Barangan dan perkhidmatan yang disediakan mestilah Patuh syariah.
✅ Barangan dan perkhidmatan yang disediakan mestilah mematuhi setiap syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
"Rider(s)"✅ Memiliki lesen yang masih sah untuk kenderaan yang digunakan.
✅ Kenderaan tersebut mestilah mematuhi setiap peraturan dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi kegunaannya untuk menyediakan perkhidmatan yang ditawarkan.
"Partner(s)"✅ Telah menandatangani Perjanjian Perkhidmatan dengan ABATA.

3.0  Perubahan Pada Perjanjian

Adakalanya kami akan melakukan perubahan pada Perjanjian ini.  Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut namun ianya tidak terhad kepada faktor-faktor ini sahaja:
  • Penambahan, pengurangan, dan/atau perubahan pada perkhidmatan
  • Penambahbaikan perkhidmatan sedia ada
  • Penambahan, pengurangan, dan/atau perubahan dari segi perundangan dan/atau akta yang mengawal selia perkhidmatan kami
  • Menambahbaik Perjanjian ini
Apabila berlaku perubahan penting pada Perjanjian ini, kami akan memberi notis mengikut kaedah dan media yang bersesuaian pada ketika itu.  Namun begitu kami menasihati agar anda sentiasa mengetahui tentang Perjanjian ini dengan melayari Terma dan Syarat Pengunaan ABATA dari masa ke semasa.  Penggunaan perkhidmatan kami selepas berlakunya perubahan pada Perjanjian ini membentuk penerimaan anda kepada perubahan pada Perjanjian ini.

4.0  Pembelian Di ABATA

Pembelian di ABATA hanya dikira berlaku apabila proses pembayaran oleh Consumers telah lengkap dan diterima oleh pihak bank kami.  Proses ini berlaku secara atas talian di mana Consumers boleh memilih salah satu dari tiga (3) jenis kemudahan pembayaran yang disediakan iaitu:
  • Pembayaran menggunakan kad kredit
  • Pembayaran menggunakan kad debit
  • Pembayaran melalui akaun bank secara atas talian (FPX)

4.1  Proses Pembelian Pada Consumers

Perakuan pembelian akan diberikan kepada Consumers apabila proses pembayaran telah lengkap dan diterima oleh pihak bank kami.

Perakuan pembelian ini boleh dilihat di bahagian Orders pada aplikasi ABATA Consumer.  Perakuan pembelian ini antaranya mempunyai maklumat berikut:
  • Nombor perakuan pembelian
  • Maklumat barang yang dibeli, kuantiti, dan butir-butir Merchant
  • Status pembelian sehingga penghantaran (jika penghantaran berlaku melalui sistem penghantaran ABATA)
  • Jumlah pembayaran yang dilakukan
  • Maklumat penghantaran
  • Tarikh pembelian dan tarikh jangkaan penghantaran akan dilakukan

4.2  Proses Pembelian Pada Merchants

Pesanan pembelian akan diberikan kepada Merchants apabila proses pembelian oleh Consumers telah lengkap.

Pesanan pembelian ini boleh dilihat di bahagian Orders pada aplikasi ABATA Merchant.  Pesanan pembelian ini antaranya mempunyai maklumat berikut:
  • Nombor perakuan pembelian Consumers
  • Maklumat barang yang dipesan, dan kuantiti
  • Consignment Note (jika penghantaran berlaku melalui sistem penghantaran ABATA)
  • Jumlah pembayaran bagi barang atau perkhidmatan yang dipesan
  • Maklumat penghantaran
  • Maklumat Consumer
  • Tarikh jangkaan penghantaran perlu dilakukan

4.3  Proses Pembelian Pada Riders

Proses pembelian pada Riders hanya akan berlaku jika Riders tersebut telah dilantik oleh Merchants untuk membuat penghantaran bagi pihaknya.

Pesanan penghantaran akan diberikan kepada Riders apabila proses pembelian oleh Consumers telah lengkap.

Pesanan penghantaran ini boleh dilihat di bahagian Jobs pada aplikasi ABATA Rider.  Pesanan penghantaran ini antaranya mempunyai maklumat berikut:
  • Nombor perakuan pembelian Consumers
  • Maklumat barang yang perlu dihantar, dan kuantiti
  • Maklumat Merchant
  • Maklumat penghantaran
  • Maklumat Consumer
  • Tarikh jangkaan penghantaran perlu dilakukan

5.0  Perlindungan Kepada Pembeli

ABATA telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan transaksi pembelian Consumers adalah terjamin.  Antaranya adalah proses pembatalan pembelian oleh ABATA dan proses-proses yang disebutkan di bawah ini.

5.1  Proses Identifikasi Merchants dan Riders

Setiap Merchants dan Riders di Platfom ABATA akan dikenalpasti dan diidentifikasi kewujudannya oleh pihak ABATA melalui proses identifikasi ABATA.  Hanya Merchants dan Riders yang telah diidentifikasikan boleh berniaga atau menawarkan perkhidmatan di ABATA.  Proses ini bertujuan untuk mengurangkan kewujudan scammers pada senarai Merchants atau Riders di Platfom ABATA. 

5.2  Jangkamasa Reda

ABATA mengadakan jangkamasa reda (cooling of period) bagi sesuatu pembelian selama tujuh (7) hari kalendar.  Jangkamasa reda ini bermula dari tarikh penerimaan barangan atau perkhidmatan oleh Consumers.

Jangkamasa reda ini bertujuan untuk menguruskan sebarang pertikaian yang mungkin timbul di antara Consumers dan Merchants bagi sesuatu transaksi pembelian itu.  Aduan mengenai pertikaian ini perlu dilakukan dalam masa jangkamasa reda ini.

Jangkamasa reda ini juga bertujuan untuk menguruskan sebarang pertikaian yang mungkin timbul di antara Merchants dan Riders bagi sesuatu transaksi penghantaran itu.  Aduan mengenai pertikaian ini perlu dilakukan dalam masa jangkamasa reda ini.

Namun begitu, penyelesaian terhadap sesuatu pertikaian itu haruslah terdiri dari penyelesaian yang dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat.

ABATA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian dan/atau impak negatif kesan daripada penyelesaian dan/atau dari pertikaian ini pada mana-mana pihak.


6.0  Pembatalan Pembelian Oleh ABATA

ABATA akan memantau transaksi pembelian di ABATA Consumer.  Jika terdapat transaksi yang tidak dipenuhi oleh Merchants dalam jangkamasa tujuh (7) hari kalendar dari tarikh penghantaran yang sepatutnya, transaksi pembelian ini akan dikategorikan sebagai Non-Delivery Merchants.  

Sekiranya penjelasan yang diterima dari Merchants tidak memuaskan atau Merchants tidak dapat dihubungi, maka ABATA berhak untuk membatalkan transaksi pembelian tersebut.

Wang pembayaran oleh Consumers akan dikembalikan sepenuhnya manakala caj penalti 5% dari jumlah pembayaran tersebut akan dikenakan kepada Merchant yang terlibat.

ABATA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian dan/atau impak negatif kesan daripada pembatalan pembelian oleh ABATA ini pada mana-mana pihak.


7.0  Penamatan Pengguna ABATA


ABATA pada bila-bila masa berhak untuk menamat, menggantung, dan/atau menyenarai hitam Pengguna di Platfom ABATA.  Sebab penamatan, penggantungan dan/atau penyenaraian hitam tersebut adalah di atas budi bicara ABATA secara mutlak.

ABATA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian dan/atau impak negatif kesan daripada penamatan Pengguna oleh ABATA ini pada mana-mana pihak.

8.0  Jaminan ABATA

Jaminan yang diberikan oleh ABATA hanya tertakluk kepada perkhidmatan yang bersangkutan dengan penggunaan Platfom ABATA sahaja. ABATA tidak memberi sebarang jaminan terhadap:

  • perkhidmatan yang ditawarkan oleh Merchants
  • barangan yang ditawarkan oleh Merchants
  • tahap perkhidmatan pembayaran yang ditawarkan oleh pihak ketiga (payment gateway)
  • tahap perkhidmatan penghantaran yang dilakukan oleh pihak ketiga (perkhidmatan rider, pos, dan/atau kurier

9.0  Kandungan di Platfom ABATA

Kandungan-kandungan berikut tetapi tidak terhad hanya kepada senarai ini sahaja adalah dilarang di Platfom ABATA:
  • menjengkelkan, cacian, makian, fitnah, lucah, pornografi, menggugut atau berbentuk amaran
  • menyalahi undang-undang atau berniat untuk mempromosikan atau melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang
  • melanggar hak privasi, hak harta intelek, dan/atau hak dagangan Pengguna, individu-individu dan/atau organisasi-organisasi luar, ABATA, dan pihak ketiga yang bekerjasama dengan ABATA
  • mengganggu dan/atau membuli Pengguna lain
  • dengan atau tanpa niat untuk melakukan penipuan dan/atau merosakkan imej  kepada Pengguna, individu-individu dan/atau organisasi-organisasi luar, ABATA, dan pihak ketiga yang bekerjasama dengan ABATA
  • mempromosi, mengiklan, dan/atau menjual barangan, perkhidmatan, dan/atau aktiviti yang menyalahi undang-undang dan/atau hukum syarak.
  • berniat jahat seperti virus, malware, adware atau apa-apa kandungan yang boleh menggangu Pengguna di Platfom ABATA dan/atau perkhidmatan ABATA
  • menganggu, menguji, mengendala, serta mencari kelemahan dari segi perkhidmatan ABATA serta sistem komputer, rangkaian, dan mana-mana prosedur pengesahan ABATA serta jaminan yang diberikan ABATA terhadap kandungan-kandungan yang terdapat di Platfom ABATA
  • bercanggah dengan polisi dan niat ABATA terhadap penggunaan Platfom ABATA yang telah ditentukan atau akan ditetapkan oleh ABATA secara mutlak.
Anda mengakui dan bersetuju bahawa jika berlaku pelanggaran dari segi kandungan ini, ABATA berhak menamatkan atau menggantung hak pengunaan anda di Platfom ABATA dan jika berlaku pelanggaran undang-undang, ABATA berhak memaklumkan dan memberi maklumat peribadi serta pengunaan anda kepada pihak berkuasa.

10.0  Operasi dan Perkhidmatan ABATA

Kami akan berusaha untuk memastikan yang Platfom ABATA beroperasi sepanjang masa, namun begitu adakalanya kesulitan teknikal, pengujian, penyelenggaraan, penaiktarafan sistem bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik ataupun adaptasi sistem kepada perubahan perundangan atau akta yang mengawal selia perkhidmatan kami akan menyebabkan ganguan sementara kepada operasi Platfom ABATA. 

ABATA juga berhak dari masa ke semasa ataupun pada bila-bila masa menghentikan secara sementara ataupun kekal sebahagian fungsi atau keseluruhan fungsi Platfom ABATA tanpa sebarang liabiliti kepada Pengguna. 

11.0  Terma Khas Pengguna

11.1  Terma Khas Consumers

Terma khas bagi Consumers adalah seperti dibawah ini namun ianya tidaklah terhad kepada senarai ini sahaja.  
  • Consumers tidak dibenarkan membuat pembatalan pembelian melalui pihak ketiga contohnya pembatalan pembayaran dengan menghubungi pusat kad kredit.  Ini kerana status pembatalan itu tidak berada di Platfom ABATA dan Merchants tidak mengetahuinya.  Penghantaran mungkin telah berlaku.
  • Jika penghantaran ke atas sesuatu pembelian yang dibatalkan telah berlaku, Consumers haruslah memulangkan semula barangan tersebut kepada Merchants tanpa membukanya dan dalam keadaan yang baik. Kos penghantaran perlulah ditanggung oleh Consumers. 
  • Bagi melakukan sebarang pembatalan pembelian, Consumers boleh menghubungi ABATA melalui support@abata.online. Caj 5% ke atas jumlah transaksi pembelian itu akan dikenakan kepada Consumers.
  • Jumlah pemulangan wang dari pembatalan pembelian oleh Consumers akan berpandukan kepada polisi pemulangan wang Merchants jika ianya tercatat di Platfom ABATA. Jika tiada polisi pemulangan wang yang dicatat oleh Merchants di Platfom ABATA, keseluruhan jumlah wang ditolak caj pembatalan akan dipulangkan kepada Consumer tersebut.
  • Kos pemulangan barangan yang dibeli oleh Consumers kerana kesilapan penghantaran oleh Merchants, jika ABATA menerima aduan dalam tempoh Jangkamasa Reda, ABATA akan memberikan Consignment Note kepada Consumers bagi penghantaran semula ke Merchants supaya Consumers tidak perlu menanggung kos tersebut.
  • Jika pemulangan barangan atas kesilapan Merchants ini berlaku di luar Jangkamasa Reda, kos penghantaran itu bergantung kepada budi bicara di antara Consumers dan Merchants.
  • Consumers haruslah membaca dengan teliti deskripsi barangan atau perkhidmatan yang diniagakan oleh Merchants bagi mengelak sebarang kesulitan bagi pembelian anda.
  • Consumers dinasihatkan agar tidak membuat pembayaran bagi sesuatu pembelian di Platfom ABATA melalui kaedah pembayaran di luar dari sistem ABATA.  Pembelian seperti ini tidak diiktiraf sebagai pembelian di ABATA dan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan, kerugian dan/atau penipuan yang terjadi akibat dari tindakan ini.

11.2 Terma Khas Merchants

Terma khas bagi Merchants adalah seperti dibawah ini namun ianya tidaklah terhad kepada senarai ini sahaja.  
  • ABATA akan mengenakan Caj Perkhidmatan sebanyak 5% dari jumlah pembelian di Platfom ABATA.
  • Caj Perkhidmatan 5% tersebut terdiri daripada 3% komisen / fi ABATA dan 2% bagi caj pembayaran atas talian.
  • Kos Penghantaran telah diambilkira dalam setiap pembelian di Platfom ABATA oleh itu Merchants tidak perlu menanggung kos penghantaran kepada Consumers. Walau bagaimanapun, terma ini hanya tertakluk kepada Merchants yang memilih penghantaran melalui Platfom ABATA sahaja.
  • Merchants boleh mengeluarkan Voucher penghantaran jika Merchants memilih untuk menyediakan penghantaran percuma atau ingin mengurangkan kos penghantaran kepada Consumers.
  • Bagi penghantaran melalui Pos Malaysia, Pos Laju, dan DHL E-Commerce, Merchants perlulah melakukan Drop Off barangan tersebut di pejabat perkhidmatan penghantaran berkenaan.
  • Bagi penghantaran melalui Karhoo, CJ Century, Aramex, dan Mat Despatch (Rider), perkhidmatan penghantaran ini akan datang untuk mengambil barangan Merchants di alamat premis Merchants yang telah didaftarkan di Platfom ABATA.
  • Merchants dinasihatkan untuk membuat pembukusan yang rapi sebelum melakukan penghantaran.  Ini untuk mengelakkan barangan yang dihantar rosak ketika proses penghantaran.
  • Merchants perlulah melekatkan Consignment Note yang disediakan di Platfom ABATA pada bungkusan barangan yang hendak dihantar supaya kos penghantaran tidak dikenakan oleh perkhidmatan penghantaran.
  • Setiap penghantaran perlu dilakukan dalam satu pembukusan.  Ini kerana Consigment Note yang dikeluarkan adalah untuk satu pembukusan sahaja.
  • Berat untuk setiap barangan haruslah tepat ketika memuatnaik barangan di ABATA Merchant.  Merchant akan menanggung caj lebihan berat yang akan dikenakan oleh pihak penghantaran jika berat barangan tidak tepat
  • Merchants haruslah membuat penghantaran mengikut tarikh penghantaran yang telah ditetapkan.  Jika Merchants memerlukan masa untuk membuat penghantaran selepas tarikh pembelian, jumlah hari tersebut boleh dilakukan pada Preparation Time (Day) di Product Page ABATA Merchant.  Ini akan membolehkan Consumers mengetahui jumlah masa yang diperlukan oleh Merchants untuk menyediakan barangan yang dibeli.
  • Platfom ABATA adalah tempat berjual-beli, oleh itu Merchants tidak dibenarkan meletakkan barangan mereka atas tujuan pengiklanan perkhidmatan atau premis perniagaan mereka sahaja.  Ini kerana jika berlaku pembelian oleh Consumers, Merchants akan menghadapi kesukaran bagi memenuhi pesanan pembelian tersebut. 
  • Untuk memastikan Consumers mendapat yang terbaik, Merchants mestilah menjaga Ratings bagi premis, produk dan/atau perkhidmatan mereka agar tidak berada di bawah 3 stars.
  • ABATA akan meminta Merchants mengeluarkan produk / perkhidmatan mereka yang melanggar terma kandungan di platfom ABATA.  ABATA berhak untuk mengeluarkannya jika Merchants gagal mematuhi permintaan ini.
  • Kos pemulangan barang adalah di bawah tanggungan Merchants jika berlaku kesilapan pada penghantaran.
  • Produk / perkhidmatan yang tidak mempunyai nilai komersil kepada Consumers adalah tidak dibenarkan di Platfom ABATA.
  • Keterangan mengenai produk / perkhidmatan mestilah jelas, benar, tepat, dan tidak mengelirukan Consumers.
  • Merchants dinasihatkan untuk meletakkan produk / perkhidmatan mereka di dalam kategori dan subkategori yang betul. Ini akan memberikan lebih peluang untuk produk / perkhidmatan tersebut dilihat oleh Consumers yang disasarkan.
  • Jika terdapat polisi pemulangan wang selepas pembelian kepada Consumers, Merchants haruslah memaparkannya samada di Shop Page atau pada keterangan produk / perkhidmatan.  ABATA akan mengikut polisi ini jika ada.

11.3 Terma Khas Riders

ABATA Rider dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada usahawan menceburi perniagaan Delivery.  Walaupun Riders mendaftar di ABATA Rider, namun Riders berkenaan bukanlah riders bagi ABATA, tetapi riders bagi usahawan Riders di ABATA.  Satu cabang perniagaan Delivery yang ABATA cuba sediakan bagi usahawan muda.

Terma-terma berikut boleh digunakan sebagai rujukan perjanjian perniagaan di antara Riders dan Merchants namun ianya tidak terhad kepada terma-terma di bawah ini sahaja:
  • Merchants boleh memilih Usahawan Riders melalui aplikasi ABATA Merchant setelah terma perkhidmatan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
  • Platfom ABATA Rider ini tidaklah tertakluk kepada kenderaan motosikal sahaja. Usahawan Riders boleh mengadakan kumpulan perkhidmatan samada menggunakan motosikal, kereta, lori, dan sebagainya.
  • Harga (rate) yang akan dipaparkan kepada Consumers adalah berdasarkan kepada rate yang telah diletakkan bagi setiap kumpulan perkhidmatan tersebut.
  • Satu Usahawan Riders boleh mempunyai lebih dari satu kumpulan perkhidmatan yang terdiri daripada kenderaan yang pelbagai jenis.
  • Harga bagi sesuatu penghantaran akan dikira berdasarkan jarak Geo-Lokasi (bukan jarak perjalanan) di antara Merchants dan Consumers serta kadar yang telah ditetapkan oleh Usahawan Riders.
  • ABATA akan mengenakan Caj Perkhidmatan sebanyak 5% dari jumlah harga penghantaran di Platfom ABATA.
  • Caj Perkhidmatan 5% tersebut terdiri daripada 3% komisen / fi ABATA dan 2% bagi caj pembayaran atas talian.
  • Sebagai Proof of Delivery, Riders tidak dibenarkan mengambil gambar Consumers (kecuali jika dibenarkan oleh Consumers). ABATA akan secara automatik mengambil Geo-Lokasi tempat gambar itu diambil.
  • Usahawan Riders boleh menambah bilangan riders mereka melalui ABATA Rider.  ABATA akan menghantar pesanan penghantaran kepada riders-riders berkenaan mengikut bandar tempat mereka beroperasi.
  • ABATA akan memaparkan Geo-Lokasi Merchants dan Geo-Lokasi Consumers sebagai panduan Riders, namun begitu, ketepatan koordinat geo-lokasi ini bergantung kepada ketepatan maklumat yang diisi oleh Merchants dan Consumers.
  • ABATA tidak bertanggungjawab ke atas kegagalan Riders membuat kutipan atau penghantaran, ini adalah urusan di antara Merchants dan usahawan Riders berkenaan.
  • Merchants juga boleh memiliki riders sendiri.  Proses pendaftaran riders berkenaan adalah sama dengan proses usahawan Riders.
  • Bagi setiap pembelian, harga pembelian akan diberi kepada Merchants manakala harga penghantaran akan diberi kepada Usahawan Riders.
  • Usahawan Riders perlulah mengagihkan caj tersebut kepada Riders di bawahnya mengikut terma yang telah dipersetujui di antara Usahawan Riders dan Riders mereka.
  • Usahawan Riders digalakkan untuk menjaga kebaikan riders-riders di bawah pengurusan mereka.

12.0  Indemniti ABATA

Pengguna bersetuju dengan ABATA seperti berikut:
  • Pengguna hendaklah menanggung risiko sendiri dalam melaksanakan semua obligasi di bawah Terma ini serta melepaskan ABATA serta pekerja dan ejennya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang daripada apa-apa tuntutan yang wujud termasuk tuntutan daripada apa-apa kemalangan, kerosakan, kerugian, kecederaan atau kematian akibat daripada pelaksanaan Terma ini.
  • Pengguna hendaklah menanggung rugi ABATA terhadap semua tindakan guaman, tuntutan dan permintaan kehilangan, kerugian, pampasan, kos guaman dan caj perbelanjaan di mana ABATA hendak atau mungkin atau menjadi bertanggungjawab berkenaan dengan atau yang timbul daripada transaksi di Platfom ABATA.
  • Pengguna hendaklah dengan kos sendiri menangung rugi, melindungi dan  mempertahankan hak ABATA dan pekerja atau ejen daripada apa jua tindakan, tuntutan dan liabiliti yang timbul daripada tindakan oleh Pengguna dalam melaksanakan Terma ini termasuklah penggunaan hakcipta milik mana-mana orang dalam apa jua bentuk.
  • Obligasi di bawah Terma ini hendaklah berterusan walaupun jika berlakunya penamatan Pengguna di Platfom ABATA samada dilakukan oleh ABATA atau Pengguna sendiri.

13.  Keseluruhan Perjanjian

Terma ini membentuk keseluruhan perjanjian di antara anda dan ABATA.  Bagaimanapun, anda mungkin akan ditadbirkan oleh terma dan syarat-syarat tambahan yang terdapat di Platfom ABATA dan/atau perjanjian bertulis di antara anda dan ABATA.

Jika terdapat percanggahan di antara terma tambahan dan terma ini, maka terma tambahan akan mengatasi terma ini.

14.  Penyelesaian Pertikaian

Jika terdapat sebarang pertikaian di antara anda dan ABATA, anda dan ABATA bersetuju bahawa setiap pihak boleh membuat tuntutan kepada pihak yang lain.  Tuntutan anda mestilah dari kapasiti individu dan bukan ahli dari kelompok dan/atau perwakilan.

14.1  Penyelesaian Secara Baik

Anda dan ABATA bersetuju bahawa langkah pertama ke arah penyelesaian sesuatu pertikaian itu haruslah dibuat dengan cara yang baik melalui rundingan dan perbincangan.

14.2  Rujukan Kepada TimbangTara

Sekiranya penyelesaian secara baik tidak dapat dicapai, maka rujukan boleh dilakukan kepada penimbang tara yang akan dinamakan oleh Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia).
Prosiding timbang tara hendaklah dijalankan di dalam bahasa Inggeris / bahasa Melayu dan setiap pihak menanggung kos prosiding timbang tara sendiri.
Keputusan penimbang tara adalah muktamad dan mengikat kedua-dua belah pihak.