ABATA : Platfom Perniagaan Digital Muslim




Apakah ABATA?

ABATA merupakan satu platfom marketplace atau lebih dikenali sebagai e-commerce yang berasaskan kepada ciri mudah-alih (mobile e-commerce). Tujuan ABATA dibangunkan adalah untuk meningkatkan daya saing peniaga-peniaga Muslim di dalam perdagangan atas talian terutama dari sudut teknologi digital dan mudah-alih.


Keupayaan ABATA...

Apabila menggunakan ciri mudah-alih ini sebagai teras senibina, ABATA dapat mengadaptasikan teknologi GeoLokasi bagi menentukan kedudukan penjual dan pembeli di platfom ABATA.  Dengan adanya teknologi GeoLokasi ini, ABATA mampu untuk memperkenalkan:
  • Perkhidmatan Riders - kebanyakan platfom e-commerce yang sedia ada hanya melakukan penghantaran barangan melalui perkhidmatan kurier. 
  • Radius Urusan Perniagaan - pembeli boleh menetapkan radius perniagaan dan hanya peniaga-peniaga yang berada dalam radius tersebut akan dipaparkan.
  • Keterbukaan Perkhidmatan Kurier - Berdasarkan lokasi pembeli dan peniaga, ABATA membuka perkhidmatan penghantaran kepada perkhidmatan-perkhidmatan kurier yang beroperasi di lokasi yang berkaitan yang menyertai ABATA.

Kelainan ABATA...

ABATA dapat menyatukan pemasaran perkhidmatan, sewaan, pelancongan, food delivery, asas tani dan jualan barangan di dalam satu aplikasi.  Ianya merupakan platfom marketplace pertama di Malaysia yang berjaya menyatukan semua jenis perdagangan ini di dalam satu aplikasi mudah-alih.

Dengan memperkenalkan perkhidmatan riders untuk e-commerce, ABATA berharap ianya dapat meningkatkan daya saing pengusaha makanan frozen yang merupakan industri yang banyak diceburi oleh pengusaha-pengusaha Muslim.  

Begitu juga dengan memperkenalkan radius urusan perniagaan, pengusaha-pengusaha Muslim dapat meningkatkan daya saing mereka dengan memperkenalkan penghantaran ke rumah yang mana ianya merupakan satu daya tarikan bagi urus niaga jarak dekat buat masa ini.

Kemajuan ABATA...

Kemajuan ABATA bergantung secara terus kepada peniaga-peniaga ABATA untuk mempergunakan teknologi-teknologi serta kemudahan yang ABATA sediakan di platfom ini serta pembeli-pembeli ABATA untuk menyokong peniaga-peniaga ABATA...