Dasar Privasi

Dasar Privasi ABATA


Terimakasih kerana menggunakan perkhidmatan ABATA.  Kami sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda.  Oleh sebab itu terdapat beberapa maklumat peribadi anda yang kami ambil dan simpan atas tujuan melaksanakan perkhidmatan kami serta supaya kami lebih mengenali anda serta tabiat, minat dan kesukaan anda.  Di sini kami ingin memperjelaskan kepada anda maklumat yang diambil serta apa yang dilakukan pada maklumat tersebut dan bagaimana kami melindunginya supaya anda berasa selamat dengan kami.

1.0  Data Mudah-Alih

  • Hanya jika dibenarkan pada peranti mudah-alih anda, kami mengambil data Geo-Lokasi anda supaya kami dapat menyenaraikan peniaga-peniaga yang berada di sekitar anda.
  • Hanya jika dibenarkan pada peranti mudah-alih anda sebagai Consumers, kami mengakses "mobile photos" anda ketika memaparkan gambar-gambar yang terdapat pada produk dan perkhidmatan peniaga-peniaga di ABATA yang anda layari.
  • Hanya jika dibenarkan pada peranti mudah-alih anda sebagai Merchants dan Riders, kami mengakses "mobile photos" dan "mobile camera" anda untuk memuatnaik gambar-gambar produk dan perkhidmatan anda, serta gambar KYC anda.

2.0  Data Peribadi

Ketika menggunakan perkhidmatan ABATA, terdapat beberapa maklumat peribadi anda yang kami minta untuk diisi oleh anda.  Maklumat peribadi anda yang disimpan oleh kami terdiri daripada maklumat dibawah ini namun ianya tidak tertakluk hanya kepada maklumat dibawah ini:
  • Alamat Emel
  • Nama
  • Nombor Telefon
  • Alamat
  • Geo-Lokasi (Jalan) pada alamat anda
  • Geo-Lokasi (Bandar) pada alamat anda

3.0  Data Transaksi

Data transaksi adalah data yang kami kumpul berdasarkan kepada transaksi anda serta layaran anda di Platfom ABATA. Contoh data-data tersebut adalah data pembelian anda, data layaran anda, data feedback and ratings anda serta beberapa data statistik yang lain.

4.0  Kegunaan Data Tersebut

Kami menggunakan semula data-data tersebut mengikut data yang diperlukan untuk kami melakukan beberapa perkara tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:
  • memberi perkhidmatan serta kandungan yang boleh diperibadikan khas untuk anda
  • pemberitahuan tentang status pembelian, penghantaran, pengiklanan, serta perubahan pada perkhidmatan kami
  • kegunaan untuk Khidmat Pelanggan kami
  • membuat pesanan pembelian dan pesanan penghantaran
  • analisa bagi menambahbaik perkhidmatan kami

5.0  Perkongsian Data

Data-data yang dikumpul di Platfom ABATA tidak akan dijual kepada mana-mana pihak ketiga.  Namun, data-data tersebut akan dikongsikan atas beberapa perkara:
  • antara keluarga korporat kami bagi menambahbaik kandungan di Platfom ABATA serta perkhidmatan ABATA
  • pihak ketiga yang di bawah kontrak dan kerjasama dengan kami dalam membantu perniagaan kami
  • pihak berkuasa atau pihak ketiga yang mempunyai kuasa untuk menyiasat sebarang kes jenayah atau salahguna anda yang berlaku di Platfom ABATA.

6.0  Tempoh Penyimpanan Data

  • Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda selama tempoh ia diperlukan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tercatat di Dasar Privasi ini
  • Kami akan menyimpan maklumat anda hanya selama yang perlu untuk mematuhi kewajipan perundangan, menghuraikan pertikaian, serta menguatkuasakan polisi kami.

7.0  Sekuriti

Kami akan melindungi maklumat peribadi anda menggunakan kemampuan teknologi dan pengurusan sekuriti bagi mengurangkan risiko kehilangan data serta salahguna.

Maklumat kad kredit serta perbankan anda disimpan oleh pihak ketiga yang sah (payment gateway provider) yang telah dilantik oleh pihak bank serta beroperasi di bawah peraturan dan pensijilan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Kami tidak menyimpan sebarang maklumat kad kredit serta perbankan anda di Platfom ABATA.

Pengecualian maklumat perbankan adalah maklumat akaun Merchants dan Riders bagi melaksanakan proses pemindahan wang pembelian dan penghantaran.


8.0  Hak Anda Atas Data Peribadi

Data peribadi anda yang disimpan oleh kami adalah data yang diisi oleh anda pada beberapa situasi.  Oleh itu, pada bila-bila masa anda boleh mengakses, menghapus dan/atau mengemaskini data-data yang diisi tersebut mengikut kehendak anda.


9.0  Perubahan Dasar Privasi

Adakalanya kami akan melakukan perubahan pada Dasar Privasi ini. Apabila berlaku perubahan penting pada dasar ini, kami akan memberi notis mengikut kaedah dan media yang bersesuaian pada ketika itu.  Namun begitu kami menasihati agar anda sentiasa mengetahui tentang Dasar Privasi ABATA dengan melayarinya dari masa ke semasa.  Penggunaan perkhidmatan kami selepas berlakunya perubahan pada dasar ini membentuk penerimaan anda kepada perubahan pada Dasar Privasi ini.